Apa beza BERAK dengan BUANG AIR?

Rasanya ini pertama kali saya membuat entry berbaur busuk seperti ini. Saya? Ya. Setelah menggunakan tajuk yang hodoh untuk entry kali ini, baiklah gunakan gelaran SAYA supaya entry ini nampak lebih sopan. Siapa siapa yang sedang menjamu selera saya harap korang skip entry ini. Yang sedang kunyah cuwinggam boleh buang sekarang supaya tak tertelan dek entry busuk saya ini. 


sebenarnya saya yakin yang korang semua tahu maksud kedua kedua perkataan di atas. Berak bermaksud buang air. Buang air pula bermaksud berak. Tapi yang membezakan kedua perkataan ini adalah dari segi tahap kesopanan dan kesusilaan kita yang menyebutnya. 


masa mula mula dating dengan pakwe dulu, kita mesti kawal kesopanan dan kesusilaan kita sebagai awek yang terpuji. Jadi ayatnya berbunyi begini :
"Sayang, I nak pergi toilet kejap boleh nak buang air."


tapi selepas kenal hati budi, dah berkahwin dan beranak pinak, awek tadi dah tak boleh kawal kesopanan dan kesusilaan dia dulu tu. Jadi ayatnya bertukar jadi macam ni :
"Bang oo bang.. jaga anak jap. Saya nak pergi berak ah."



walaupun dua perkataan ini membawa maksud yang sama, tapi kesesuaian penggunaan dia mestilah tepat. Kalau saya sekali pun, saya takkan menggunakan perkataan berak dengan orang yang bukan ahli keluarga saya. haha. malu kot. Rasa tercalar segala kesopanan yang saya pelihara selama ni. ooh ayat skema nak matiks. 


oklah. Sekadar nak berkongsi je. Hehe. Sakit perut terus lepas buat entry ni. haish.


Previous
Next Post »

4 komen

Write komen
Cik Ezy
AUTHOR
April 19, 2011 at 12:47 PM delete

segan la nk gne beyak tu..
ekeke

Reply
avatar
♥sophie♥
AUTHOR
April 19, 2011 at 1:07 PM delete

hahahahha.. malu la depan public kate nk beyak,, wee

Reply
avatar
Miss Euoni
AUTHOR
April 19, 2011 at 1:47 PM delete

1 lagi perbezaan nya .. berak tu bhasa melayu sarawak .. buang air tu pulak memang kita dh tau bhasa malaysia yg kita salu guna ..

Reply
avatar
.m y z.
AUTHOR
April 19, 2011 at 7:08 PM delete

hahahahh. klau dgn kwn2, ktrg gne word baru. nak ter'BERRY'. comel tak?

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...