nota tapak kaki hari sabtu.

salam.


1. hari ni sabtu. macam biasa tak pergi mana mana pun. duduk rumah je makan tidur pastu makan balik. nak keluar? rasanya macam malas. lainlah kalau Shaheizy Sam mesej ajak keluar ke kan. 


2. Handphone lama dah tak berbunyi. mesej pun kadang kadang dari hotlink je bagi mms gambar gambar i miss you i love you. huh buat apa? tak tahu nak bagi siapa mms cute tu. delete je.


3. hari ni hujan kat Seremban. Lebat. pukul 12 tengahari pun macam pukul 8 pagi. bila hujan, nafsu untuk makan magi panas panas tu tinggi. takpelah kejap lagi nak masak magi tumis taruk telur. nyum nyum.


4. hari minggu tak ramai yang update blog dorang. aku nak berblogwalking pun macam bosan je. buat citer hangat pun belum tentu ramai nak singgah. blog sunyi je hari ni. 


5. kucing yang cacat sejak lahir tu nama dia susu. dia dah selamat dikebumikan tadi. mati gak akhrinya. biarlah dia bertemu Tuhan cepat cepat dari terseksa hidup dengan kecacatan tu. 


6. Kat mid valley ada job fair. nak sangat pergi. tapi tak ada geng nak pergi. ada kawan pun dorang sibuk dengan pakwe masing masing. kesian tak? sila kesian kan aku yang takde pakwe ni. 


7. tak sabar nak tunggu cerita Lu Langsi Lu Mati! bila agak agaknya nak kuar ea? tak ingat dah. lama betul tak tengok wayang.. sob sob


8. petang karang ada kawan nak belanja kek coklat kat Secret Recipe. dia memang tau taste aku macam mana. aku memang suka kek coklat. maceh maceh. hoyeyy


9. kucing kucing aku ni semua makin debab ni nape? oo lupa ikut tuan dia yang selalu makan tidur tu. takpe takpe debab itu menawan. 


10. abes da nota. dah salin belum?
Previous
Next Post »

6 komen

Write komen
Fazil Hamid
AUTHOR
April 16, 2011 at 1:43 PM delete

bnyk perancangan..sy kalo merancang xtvt sabtu mesti tak jd...lebih baik tak rancang terus g je..

Reply
avatar
April 16, 2011 at 2:16 PM delete

haha .kt jhor ni pun hujan. tak boleh pegi mne2 =___=

Reply
avatar
Cik Ezy
AUTHOR
April 16, 2011 at 2:20 PM delete

ari sabtu ngn ahad blog suram je kn..
huuu..
same la kite.. enpon xde bnyi..
snyp je..
nk baling kang syg pulak..
haha

Reply
avatar
Cik Aish
AUTHOR
April 16, 2011 at 2:23 PM delete

@Fazil Hamid
hehe kdg2 rancangan on the spot tu yg menjadi

Reply
avatar
Cik Aish
AUTHOR
April 16, 2011 at 2:24 PM delete

@m y z . z i e m a
tu la..bahagianya duduk kat rumah time macam nii

Reply
avatar
Cik Aish
AUTHOR
April 16, 2011 at 2:24 PM delete

@Cik Ezy
haha..sama la kita cik ezy! henpon syp je..kdg2 lupa letak kat mana..punya la tk alert!

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon