SCENE PALING NORMAL DALAM CERITA HANTU MELAYU


 aku bagi 4 bintang sebab jalan cerita yang menarik

aku baru lepas tengok Hijab tadi. not bad. tapi ada banyak scene yang memang biasa aku tengok dalam citer hantu melayu. scene konon konon mereka mereka ni sangat berani ok. hehe. aku pelik kenapa ea jadi macam tu? jom kita selidik satu satu

1. kalau ada bunyi dekat pintu, mesti pelakon tu pergi ke arah pintu and bukak pintu tu tengok ada siapa siapa ke kat situ..gaya muka masa tu tak menunjukkan ketakutan pun, cool gila bukak pintu, macam nak bagi salesman masuk..

2. kalau lampu bilik terpadam tibe tibe, mesti pelakon tu bangun cari suis nak bukak lampu tu balik. pun sama jugak takde langsung ciri ciri kecuakkan masa nak bukak lampu tu. berani gila macam orang kawen malam pertama eksaited nak bukak lampu. err apa kah? lari tajuk ye. harap maklum.

3. kalau kereta rosak dekat jalan yang gelap dan sunyi, mesti berani turun dari kereta tu walaupun sedar diri memang tak pandai repair kereta. still jugak nak turun dari kereta tu capai toshlaite suluh suluh enjin kereta.

4. kalau ada bunyi bunyi dekat seat belakang dalam kereta, mesti berani gila nak toleh belakang. tak pun tengok dekat cermin tu. pergh berani tau uols ni!


tapi in real life atau pun kalau jadi kat aku la kan..mesti terbalik.


1. kalau ada bunyi dekat pintu, aku mesti buat buat tak dengar lepas tu jalan laju laju sebab nak blah dari pintu tu..masa tu peluh toksah cakap la okay. dalam otak ni semua jenis hantu aku bayangkan. hantu kak limah pun aku byg gak.

2. kalau lampu bilik terpadam, aku mesti tarik selimut, pejam mata rapat rapat, buat buat tidur dengan harapan tak adalah hantu tu kacau aku. aku ngntuk ok..tolong la kacau jiran sebelah ke apa ke..

3. kalau kereta rosak dekat jalan yang gelap dan sunyi, mesti aku lock semua pintu, pastu aku buat buat tidur gak..dalam hati maki gila nape lalu jalan tu????

4. kalau ada bunyi bunyi dekat seat belakang dalam kereta,  aku takkan toleh belakang. pandang cermin pun takkan ada punya. aku buat buat tidur jugak. jawabnya mesti aku sampai masuk icu sebab eksiden

see? aku tak tahu la korang kan? tapi kalau aku tengok wayang citer hantu, mesti tak sama. mesti dorang berani gila. why why??? adakah aku ni sangat penakut? kasihann aku.


part ni paling tak boleh blah..

P/S : Hijab best. pergi la tengok. tapi standard la ciri ciri di atas memang ada dalam cerita tersebut. tapi aku lagi suka Khurafat. lagi seram..tanjat boboy!

Previous
Next Post »

11 komen

Write komen
masz amysya
AUTHOR
October 7, 2011 at 11:39 PM delete

serius nak tgk.tp tgk trailer die pon da tutup mate.camne??hehe

Reply
avatar
azira
AUTHOR
October 7, 2011 at 11:52 PM delete

sama la kita...haha
spesis penakut...=)

Reply
avatar
nick dot anis
AUTHOR
October 7, 2011 at 11:56 PM delete

siyes tak smpat lg nak g tgk wawaa

Reply
avatar
MAYA_mustwany
AUTHOR
October 8, 2011 at 12:11 AM delete

biar betul KHURAFAT best? mas tengok dulu,orang duk belakang terjerit2,mas pulak dok diam + ngantuk coz sangat2 tak seram!

kelakar pura2 tidur..kih3

Reply
avatar
Marya Hana
AUTHOR
October 8, 2011 at 12:22 PM delete

i belom tengok al hijab lagi..
lagi 1, i taktau kenapa i x suke tengok filem seram kat panggung hehe.

* lepas ni kena cari cara lain nak bagi penonton terkejot. sbb semua di atas dah cliche sangat.. setuju dengan cik aish.

Reply
avatar
.m y z.
AUTHOR
October 8, 2011 at 2:05 PM delete

hahahaha sama lah tahap pemikiran kita. kadang2 tengah tgok cite hantu, terpikir, mak aiii berani gilee nak pegi bukak pintu segala. kalau ziema, jangan harap lah. kalau tengok cite melayu mmg dah agak dah jalan cite dia. cuba buat cite hantu macam FOBIA. tu baru betul cite hantu. terbaikkk. dengar cite filem ni banyak scenes kat Kluang Johor. macam nak tengok je. heee~ tapi errrkk berbaloi ke nak tengok kat wayang?

Reply
avatar
Dzarief Zuhdi
AUTHOR
October 10, 2011 at 2:16 AM delete

owh ok.. dah cik aish cakap best, nak pi tengok la.. harap2 x bosan la ek.. hehe

Reply
avatar
October 10, 2011 at 9:32 AM delete

rara pon akan buat apa yg aish buat.ala dlm filem.dorg boleh lah buat cm tu.hahaha.tp tak logik pon ada kan.

Reply
avatar
Cik Bambam
AUTHOR
October 10, 2011 at 2:04 PM delete

sumpah tak nak tengok!!huhuhu

Reply
avatar
Azzah
AUTHOR
October 10, 2011 at 11:19 PM delete

tak suka pi panggung tengok citer seram sebab yang seram akan jadi lawak bila dah tengok ramai2.

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...