TRIP BANDUNG : PERJALANAN BERMULA!

Assalamualaikum

Eksaited bebenor tajuk entry tu kan. Sebenarnya kali ni nak share info dan tips buat korang yang belum lagi ada pengalaman atau pertama kali menaiki Flight Air Asia. 


Disebabkan kitorang tau Bandung memang kota keriangan untuk kaum kaum hawa bershopping, so aku dengan bakal mak mertua aku, tak bawak beg besar besar pun. cukup sekadar hand luggage untuk dibawak dalam flight. cadangnya nak beli luggage besar kat sana je nanti. baju pun tak bawak banyak. bayangkan aku cuma bawak sehelai je tu pun kat badan. pastu baju tidur sepasang. ngn yang kecik kecik tu. suma nak beli kat snaa je nanti. lagi pun malas nak bawak baju banyak2 buat berat beg je. tapi pastikan hand luggage korang tu tak exceed 7kg ye. 

lepas tu barang barang cecair macam shampoo bagai tu kalau boleh isi lah dalam bekas yang kecik. sebab liquid item yang exceed 100ml tak boleh bawak naik flight ye. sebabnya korang tanya lah staff Air Asia. tapi bukan Air Asia je, mana mana flight pun kena kan syarat yang sama. 

Check in kena 2 jam sebelum. flight aku jam 4.45 petang. so seawal 2.45 petang mesti dah check in. tak boleh lewat even seminit. tak tahu lah aku kan. sebab adik ipar aku sendiri tanya staff tu, check in tak boleh lewat even seminit. kene seawalnya 2 jam sebelum. tapi kalau Flight MAS aku rasa sejam je. aku pun tak ingat dulu masa pergi Switzerland. sejam kot kalau MAS. 

Dalam flight nanti FA akan bagi form ni untuk kita isi. isi jangan tak isi. so aku memang dah stanyby pen dalam beg. lepas isi, form ni akan diserahkan pada pegawai imigresen yang menanti kita kat airport indon tu nanti.

 
dalam perjalanan yang cuma 2 jam tu boleh lah kita tidur ye.. form pun dah isi kan....ok..zzzzz..


Previous
Next Post »

3 komen

Write komen
budak_baik
AUTHOR
November 12, 2012 at 11:11 PM delete

untunglaa bleh g bandung ye..bulan madu ke ni ka??ahaks :p

Reply
avatar
Cik Aish
AUTHOR
November 14, 2012 at 9:43 AM delete

@budak_baik hehe alhamdulillah ..rezeki :p

Reply
avatar
November 19, 2012 at 9:59 AM delete

kang honeymoon da tau da ye...da ble prepare segalanya.hahahaha.....

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon