BUDAK SEKOLAH SEKARANG PUNYA PERANGAI MASYALLAH!

Assalamualaikum

Sekarang cuti sekolah. Aku yang dah habis sekolah ni pun terasa bahangnya cuti sekolah ni. kenapa? sebab time cuti sekolah ni la masanya untuk terserempak dengan budak budak sekolah pada siang hari dekat shopping complex, dekat pusat bowling, dan sapa sapa yang aku terserempak dekat kedai buku Popular tu kira alhamdulillah. (walaupun aku tahu korang tengah sibuk cari novel Teduhan Kasih yang tengah top kat TV sekarang heh heh)

Nak cerita zaman aku dulu? korang yang di kalangan seusia dengan aku mesti ada banyak kisah tersendiri. kisah macam mana korang sepend cuti sekolah korang. yang pasti pengalaman tu memang best dan seronok tahap ibu jari kaki punya! Tapi aku tahu, pembaca blog aku sekarang tak semua sama usia dengan aku (aku di tahap warga dewasa..korang?) aku tahu ramai blogger sekarang, yang baru naik tingkatan..baru naik level pengawas sekolah..dan macam macam lagi. golongan ni mesti loya dengan tajuk entry aku. hahahaha. rilek dik. 

ini adalah gambar aku pergi Icity malam tadi. tak best. wek. wek. bosan bosan. aku tak dapat beza mana kepala orang mana kepala lampu. sebab ramai gila. ni semua gara gara cuti sekolah! 


Aku bukan nak cakap yang aku tak puas hati dengan budak sekolah sekarang..tapi seyes aku cakap kat korang semua dik, cara korang semua spend cuti sekolah korang adalah cara yang dull. cara yang tak ada advanture..takde warna warni kehidupan pendek kata. panjang aku taknak kata apa apa.. 

Contoh terdekat, anak anak buah aku. Time cuti sekolah, dorang akan hadap laptop. main semua jenis game. sumpah aku taktau apa jadah dorang main sebenarnya. hahaha. kadang kadang dorang hadap game dari pagi sampai malam. tu pun kadang kadang berhenti sebab nak mentedarah dan berak. yang lain semua dihabiskan depan laptop. nak canggih sikit depan ipad.

zaman aku dulu, seminggu nak cuti sekolah, aku dah plan baek punya. tapi takde la sampai buat peta minda nak brainstorm apa plan tu nanti. tak de ah sampai tahap tu dik. aku plan nak panggil semua cousin cousin aku. pakat dengan mak suruh callkan mak mak yang lain supaya benarkan dorang tidur rumah aku. motifnya, aku ada banyak game yang aku nak main dengan dorang. nak tahu apa?

1. main pejabat pejabat
game ni adalah mencabar bagi aku. sebab kitorang selalunya akan melakon watak pekerja yang berdisiplin, dan bos yang tegas. props nya adalah fail, suratkhabar ayah, pen pen dan calculator ayah. 

2. main masak masak
Selalunya bila dah boring main pejabat pejabat, tak pun watak aku dimatikan bila dah kena pecat (cilakak betul) aku akan bukak game baru. masa ni kitorang masterchef edisi terhad. ni pun mencabar jugak sebab time masak kena imaginasi kuat. kalau pecah kan telur, kena bayangkan telur tu betul betul pecah. dan bunyi mesti ada bila time menggoreng. psstttggg..pssshhhh..psshh..(habih merecik air liur)

3. main mak mak
adalah tak normal bagi aku, kalau kitorang takde perasaan untuk menjadi mak suatu hari nanti. dengan adanya perasan keibuan dikalangan kami, maka tehasil lah game ini. props yang digemari adalah bantal. sebab nak masukkan dalam baju tanda bunting. hahahahahhaha..

Sebenarnya aku nak close up 3 game tu je. walaupun dah 20 tahun barlalu, setiap prosedure game game tu aku masih ingat sampai harini. sebab apa? tanpa game game tu semua, aku tak jadi macam sekarang. hahaha takde kaitan. so dak dak skolah sekarang, korang ada ke main camni? hehehe..

ok thank you for reading!


Previous
Next Post »

8 komen

Write komen
hana hadi
AUTHOR
June 2, 2013 at 9:39 PM delete

hana zaman sekolah dulu xdanya nak main game2. duduk rumah tengok tv xpun kuar ngan family.hehe. masa sekolah rendah mesti main yang mcm kat atas tu . hehe.

Reply
avatar
Miss Xyz
AUTHOR
June 2, 2013 at 9:42 PM delete

Yup, cuti sekolah memang tak tahu nak buat apa. Tapi yang main pejabat2 itu saya pernah main dulu2 sblm ada internet XD

Reply
avatar
June 3, 2013 at 8:13 PM delete

kalau aku lak..main

pemadam lawan pemadam !

terowong bantal/kusyen !

tak pun main nyorok2...hahaha

Reply
avatar
Cik Puan Rara
AUTHOR
June 4, 2013 at 12:50 PM delete

hmmm lepas ni jgn pegi masa cuti sekolah ye.akk ni xpegi2 lg.haih ntah bila lah nk g.

Reply
avatar
ctsueraya
AUTHOR
June 4, 2013 at 10:07 PM delete

haha mmg terbaheklah cik aish...part pura2 ngandung tu paling takleh blah..tapi iols buat gak :P

Reply
avatar
June 8, 2013 at 10:54 PM delete

paling adventure cuti sekolah...de sedara buat rumah atas pokok...perghhhhhhh,gayat gila naik.pastu main2 kejar2 belakang rumah,ada besi tercucuk kat kaki.seminggu kot tgk budak2 lain main lari2. :(

Reply
avatar
MaYa MustWany
AUTHOR
June 9, 2013 at 7:59 PM delete

hihihi semua permainan dulu macam tuh mas pun main gak.lagi best.terasa zaman kanak2 yang suci.hahaha..sekarang so teknologi.haha

Reply
avatar
Nur Fajar
AUTHOR
November 12, 2013 at 2:21 PM delete

budak2 skrg dah moden..dah berteknologi.saya kalau imbas balik paling lwk,hidupkan api,ambik lilin,panaskan,then boleh pulak masak telor ayam guna lilin.then makan,wekk tak sedap..haha.zaman tak tau apa2 :D

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...