AYAT MANIS MEMUJUK SI DIA

Assalamualaikum

Dah lama tak buat entry yang gila gila macam dulu. haha. Sebenarnya motif utama buat entry ni nak bagi encik suami baca. Korang yang lelaki pun boleh jugak nak cuba tips tips kat bawah ni untuk pujuk isteri/aweks. 


1. Buat lawak bodoh
Selalunya bila time perempuan marah, jangan la korang siram lagi api kemarahan perempuan dengan marah dia balik. Cubalah buat lawak bodoh ke bagi perempuan tu gelak balik. tak gelak pun at least senyum. Pas dorang senyum, cakaplah "dah lepas ni jangan nangis lagi taw ye ayang" 
Tak reti buat lawak bodoh? jangan nak temberang lah. ramai je lelaki yang aku kenal, suka buat lawak bodoh! hew hew hew

2. "Ayang merajuk la dulu ye. Dah habis merajuk panggil abang k."
Tips ni pun actually sangat berguna untuk pujuk perempuan yang tengah marah. Sebab bila perempuan marah ke terasa hati ke, dia suka being alone. Beri dia masa untuk berfikir. Jangan push dia lagi takut jadi wanita hulk pulak. hihi. 

3. Jadilah lelaki romantik seperti drama drama melayu petang petang tu
Untuk amalkan tips ni, lelaki perlulah semulajadi dilahirkan sebagai lelaki romantik. Tapi macam jarang je jumpa lelaki romantik kat alam realiti ni. Yang ramai cuma dalam drama je. Macam Ehsan Teduhan Kasih atau pun Seth Tan dalam Nora Elena! (please guys, duplicate them for us!!!) Ayat romantik yang boleh dipraktikkan "Sayang, abang ni penakut, takut kehilangan sayang dalam hidup abang. Abang berani bila tengok sayang senyum. please senyumlah untuk abang"
wooooooooooo aku yang menaip rasa nak muntah. hehe. 

4. Bawa perempuan pergi shopping mall. 
Perempuan dan shopping memang tak boleh dipisahkan. Jadi gunakan ciri ciri ni untuk korang pujuk perempuan yang tengah marah. Ajak dia pergi beli baju ke kasut ke. Tapi pastikan korang memang dah stanby bajet lebih untuk gunakan tips ni. Sebab perempuan yang tengah emosi, nafsu membeli dia naik macam gunung berapi. dasat. sekali shopping boleh buat korang menangis tepi katil tiap malam.

5. Ambil gitar, nyanyi lagu Fire House tajuk dia I Live My Life For You.
Setel masalah korang. Tapi peratus kebrangkalian tu tak lah seratus peratus. Sebab bukan semua lelaki dikurniakan suara yang sedap. Suara kalau jauh ke laut jangan sesekali guna tips ni. Perempuan tak gemar dengar suara ke laut ni. hahaha lagi lagi tengah marah. memang terbang gitar tu. 


6. Hadiahkan Supplement B Complex
"sayang, dah dah la tu marah. orang kata kalau perempuan selalu marah, rambut gugur. Nah abang hadiahkan B complex untuk sayang. Bagi rambut sayang cantik macam maya karin. Dah jangan merajuk k" Perempuan mesti jeling jual mahal taknak ambik pemberian lelaki tu. Tapi percayalah, esok dia mesti berkejaran cari botol tu. risau rambut gugur hahaha.

Setel kan masalah? Nak merajuk pun tak jadi. 

Ha sudahlah. Cukup lah tu. Perempuan marah sekejap je. Lelaki kena faham. Macam orang dulu dulu kata, sekeras keras kerak nasi, disiram air lembut jugak. Hehe. Susah sangat, bagi je pasangan korang telan supplement B Complex Shaklee tu! Bagi kurang stress, hormon menten ok..marah pun takde la teruk bebenau. hihih. 

P/s : Eh dah tahun 2014? waaa. 










Previous
Next Post »

11 komen

Write komen
January 1, 2014 at 9:56 PM delete

bagus jugak tips ni, oklah mari kita apply,

tapi memang betul, lelaki memang pakar buat lawak bodoh

Reply
avatar
zacky786
AUTHOR
January 2, 2014 at 3:56 AM delete

haha siap nk belikan supplement bagai tu..

Reply
avatar
Kucing Hitam
AUTHOR
January 2, 2014 at 5:53 AM delete

janji ikhlas sudah la yer
www.kucinghitam.net

Reply
avatar
Miss Xyz
AUTHOR
January 2, 2014 at 10:24 PM delete

Woahh rasanya macam first time pulak tgk akak buat entri doodle. Ke... guwe ketinggalan...

Reply
avatar
Ezy Loy
AUTHOR
January 2, 2014 at 10:47 PM delete

suami kite xromantik rrrrrrrrrr

Reply
avatar
February 4, 2014 at 8:18 PM delete

Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Reply
avatar
Cik Aish
AUTHOR
April 3, 2015 at 9:56 PM delete

@Muhammad Faiz Mohamed Saaid hehehe...lelaki suka bt lawak bodoh walaupun mrk bijak sbenarnya kann

Reply
avatar
Cik Aish
AUTHOR
April 3, 2015 at 9:56 PM delete

@zacky786 hahahaha..tu la..eh try tips tu. bgs!

Reply
avatar
Cik Aish
AUTHOR
April 3, 2015 at 9:57 PM delete

@Miss Xyz hahahaha...misi mendodle gagal kot

Reply
avatar
Cik Aish
AUTHOR
April 3, 2015 at 9:57 PM delete

@Ezy Loy tkpe...ada masa masa dia romantik kan hehe

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon