CABARAN 30 HARI BLOGGING DAY 1 - SIAPA BLOGGER CIK AISH?

Tajuk kali ni agak berani. Berani sebab nak perkenalkan diri sendiri. Walaupun takde siapa yang heran siapa Cik Aish. Tapi buat buat budget macam ada orang nak kenal siapa Blogger Cik Aish. Bajet diri ni fofular walaupun sebenarnya cuma suam suam kuku je. Teehee.. 

Siapa CIK AISH? 
Aku cuma seorang blogger yang mula menjinakkan diri dalam dunia blogging seawal tahun 2009 lagi. Means aku dah 5 tahun dalam arena blogging. Aku seorang graduan jurusan FINANCE dari UITM. Sebab tu aku pernah buat entry tentang Pak Guard UITM dulu. haha. Sekarang aku merupakan pekerja di PKNS sebagai Finance Executive. Dan sejak tahun lepas aku dah mula aktif dalam business Shaklee sampailah aku dapat naik rank sebagai SUPERVISOR dan pernah ambil award, boleh rujuk entry tu dekat sini. 

PERNAH AKTIF DAN DEKAT DENGAN BLOGGER LAIN
Ya. Aku jenis yang suka blogwalking dan komen komen blog orang. Cuma sekarang mungkin kekangan masa tapi still jadi silent reader. Aku suka blog yang cantik. Sebab tu aku cuba sedaya upaya untuk cantikkan blog aku sampai pernah jahanam blog aku dulu haha. Nasib baik ada kawan yang tolong setelkan masalah koding blog. Tapi learn from mistake. Aku banyak buat tutorial berdasarkan apa yang aku buat dekat blog. Mana yang error aku tak buat tutorial so tak perlu risau. heh. Alhamdulillah ramai yang faham apa yang aku ajar dalam tutroial. Tapi sekarang aku tak sure boleh pakai lagi ke tidak tutorial ni sebab blogspot banyak dah tukar layout. 



BLOG REVIEW DAN BLOG KONTEST
Aku juga seorang blogger yang suka review blog orang lain. Sampaikan aku bermurah hati nak anjurkan satu segmen BLOG REVIEW. Dalam masa sama aku dekat dengan blogger lain, kami jadi rapat dan saling bertukar pendapat. Wahh ayat tetiba skema. Dan aku seorang penggemar membuat kontest! Antara Kontest yang aku anjurkan.. 




SUKA KONGSI TIPS!
Jangan tak tahu, sejak dumenjak ni aku memang suka buat entry tentang tips. korang search jela tips apa yang ada dengan manaip keyword TIPS dekat bahagian CARI APA? sebelah kanan sidebar. Nahhh..keluar semua tips! Tips blogging ada, tips interview ada, tips kurus, tips cantik, tips jaga anak kucing pun ada..Tak percaya? CUbalah!


So kenapa korang kena follow BELOG CIK AISH? Sebab aku jenis yang jarang update tapi sekali update, aku akan pastikan entry tu bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Bukan sekadar nak update setiap hari tapi kualiti cincai boncai. So harap harap korang stay jadi follower blog ni. Sebab tanpa korang, siapa lah daku. Teeehee.. 

Ok bye!

Previous
Next Post »

13 komen

Write komen
September 17, 2014 at 7:13 PM delete

Hooo lepas ni kena rajin tulis tips lah

Reply
avatar
Ezy Loy
AUTHOR
September 17, 2014 at 7:18 PM delete

kite knl cik aish dr blog membawak ke fb.. hihikk

Reply
avatar
September 17, 2014 at 7:21 PM delete

Thanks cik aish....x sabar nk tunggu cik aish follow blog akk yg baru beberapa hari ni....masih perlukan banyak ilmu ......

Www.qasehdila84.blogspot.com

Reply
avatar
nini
AUTHOR
September 17, 2014 at 7:36 PM delete

saya pon dah lama tak bw....ni baru restart balik....hihi

Reply
avatar
Cik Aish
AUTHOR
September 17, 2014 at 7:53 PM delete

@Muhammad Faiz Mohamed Saaid

hehe betul betul.
Nak banyakkan lagi tips!

Reply
avatar
Cik Aish
AUTHOR
September 17, 2014 at 7:54 PM delete

@Ezy Loy

tau tkpe cik ezy.. auch taching tibe tibe..dr blogger, sekarang kwn di fb.. :)

Reply
avatar
Cik Aish
AUTHOR
September 17, 2014 at 7:55 PM delete

@noradilah dila

insyallah kak. nanti saya follow k

Reply
avatar
Cik Aish
AUTHOR
September 17, 2014 at 7:55 PM delete

@nini

hehe.. betul betul..jom bw!

Reply
avatar
Eza Boom Boom
AUTHOR
September 17, 2014 at 10:26 PM delete

Memang dah baca blog Cik Aish, sekarang Puan Aish. Hihi. Dari zaman before kawen sampailah dah ada anak sekarang ni.. Hehe. Happy blogging, heeee :)

Reply
avatar
Mila Hilas
AUTHOR
September 18, 2014 at 8:18 AM delete

pestime rsanya komen kt cni.. hai kak..slmt bkenalan..folo.

Reply
avatar
September 18, 2014 at 11:59 AM delete

kerana blog kita berkenalan.
kerana blog kita jadik fren kat fb
kerana blog kita jadi penjual dan pembeli
dan kerana blog awak jadi mentor saya. awak idola saya.

eccewahhhhh. haha

Reply
avatar
gadis melayu
AUTHOR
September 19, 2014 at 3:50 PM delete

rindu zaman review2 blog dulu.. sekarang mmg x dapatla.. busy kononnyer.. ngeeeee~

Reply
avatar
September 21, 2014 at 6:33 PM delete

please bg tips dpt anak comel :P

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...