APA KATA SAYA TENTANG SAMSUNG VS IPHONE

SAMSUNG VS IPHONE

Sekarang ni, budak sekolah pun pakai smartphone. Ini kan pulak kita yang buat biz online ni. Dulu masa guna Samsung, masalah utama bila buat biz online adalah "SATU HARI 10 KALI CAJ!" Asyik asyik batery low. Bila buat biz ni, memang masa kita hampir 80% pegang smartphone. So salah satu sebab saya bertukar dari Samsung ke Iphone adalah sebab batery tak tahan lama. Tak sure la orang lain menghadapi masalah yang sama atau tak. 
.

.
Saya pengguna Note 4 dulu. Seriusly kamera memang cantik lagi lagi kamera depan. cuma tu la. Batery tak tahan lama. Huhu. So saya tukar Iphone. Masa nak beli tu, tak terpikir nak demand yang canggih2 pun. Asalkan bukan Samsung. Huhu. So decide ambik Iphone SE je. So far, memang berbeza la bila dah jadi pengguna ipong ni. Memang terasa kelainan dia terutama dari segi penggunaan batery. Bayangkan, guna sama je, tapi caj cuma SEKALI SEHARI je. Bahagia gila. 
.
.
Tak payah bergantung pada power bank dah. Lepas tu dah tak kerap hang macam pakai Samsung sebelum ni. Cuma yela, dari segi kamera, rasanya Note 4 lagi best kot. hehe. Apa pun, saya tak kisah sebenarnya nak pakai apa apa fon yang penting, batery kena tahan lama, tak kerap hang, sebab bila buat biz online, memang banyak guna fon. Banyak apps kita nak download untuk kendalikan biz kita. So fon yang tahan lasak, tahan batery, memang ciri ciri fon yang saya cari. 
.
.
So bye bye Note 4. Saya tetap sayang awak. Tak trade in pun. Ada je kat rumah ni bagi kat Irine suh belajar ABC. huhu. Walaupun Note 4 pernah menyusahkan hidup saya caj banyak kali sehari, tapi dia tetap berjasa bagi gambar cantik2 untuk saya hasilkan poster shaklee yang kebabom! Kalau nak pergi mana mana vacation, saya akan bawak Note 4 untuk tujuan SELFIE sebab kamera depan dia power. heh. heh. 
.
.
Ehh korang ada pengalaman pakai fon yang best best? meh la review sini. :)

Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon