TIPS MENABUNG GUNA KONSEP 7 JARS

7 JARS SYSTEM

7 jars adalah adaptasi dari konsep 6 JARS yg diasakan oleh T Harv Eker. Ia adalah satu cara utk menabung.
So konsep 7 jars ni maknanya setiap kali kita dapat gaji atau apa apa pendapatan, kita akan bahagi bahagikan ikut 7 items ni
  • NEC (necessity) 
  • EDU (education) 
  • LTSS (long term saving for spending)
  • FFA (financial freedom)
  • PLAY (leisure) 
  • GIVE (charity)
  • PARENTS (ibu bapa)



Sebenarnya Is memang setuju dan amalkan konsep menabung macam ni. Sekarang, tiap kali dapat gaji atau bonus shaklee, is akan bahagikan ikut portion. Cuma berbeza sikit la dengan 7jars tu
Is buat macam ni tau
  • 60% pendapatan untuk keperluan bulanan macam mkn minum
  • 10% untuk simpanan jangka masa pjg
  • 10% untuk simpanan jangka masa pendek
  • 10% simpanan hari tua
  • 10% perbelanjaan lain

SAMPUL SURAT?
Lepas tu hehe jangan gelak ye sebab cara paling efektif bagi is untuk uruskan bajet adalah dengan menggunakan sampul surat. Is akan labelkan setiap sampul surat ikut portion. Masukkan duit dalam sampul surat tu dan gunakan duit tu sampai hujung bulan.



😅Sampul kuning untuk income atau saving. Sampul hijau untuk expenses. (Sampul ijau tak banyak sebab kita banyak buat auto debit kalau nak byr pape mcm ptptn ke) So cara lama ni memang sangat berguna untuk elak dari terguna lebih dari bajet sepatutnya
Selamat mencuba!
Suka sangat dengan mini drawer tu. Kita beli kat DIY je heh


Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon