Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Mak mak yang baru nak ada pengalaman mengandung anak pertama, boleh la baca. Saja nak kongsi pengalaman dengan korang 


Ini antara pengalaman masa berpantang anak pertama 4 tahun lepas.

LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH 

walaupun dua kali jahit, luka cpt sembuh. Dulu saya pernah cerita macam mana lepas seminggu bersalin, doktor Check balik ada darah beku besar buah epal, so terpaksa bukak dan jahit semula. Bayangkan cuti bersalin swasta dah la dua bulan je, nasib baik luka cepat kering dan sembuh. Stat kerja, kena menapak dari stesen LRT Taman Jaya ke Menara PKNS (jauh weh kalau luka tak betul sembuh mau pengsan!) Vitamin c dengan Vitalea memang banyak sangat membantu



JAUNDICE TAK LAMA
Irine lahir memang kena jaundice tapi tak lama, dalam beberapa hari je Lepas tu ok dah. Masa tu memang pulun direct feeding dia bagi dia kerap kencing dan berak. Masa tu tak putus putus consume ESP bagi stok susu meriah sampai bengkak susu kau!

TAK PERNAH SEMBELIT
ingat lagi disebabkan masa berpantang, saya pakai bengkung yang jenis bertali tali tu, setiap kali nak buang air memang leceh (anak kedua ni nak beli yang jenis zip je senang) Nak jadi cerita, sebab makan Ostematrix punya pasal, saya memang takde masalah langsung buang air besar. Satu hari tu dah tak tahan sangat, sampai tak sempat nak bukak tali bengkung, selesai kat situ jugak punya la senang nak buang air besar. Tak sembelit dan tak menderita langsung dalam toilet. Tak sempat lagi ada la

STRETCH MARK KURANG DAN CEPAT PUDAR
Masa ni serius tak tau lepas bersalin memang akan ada kesan gelap pada perut, tengok perut sendiri, eh okay je Tak la merekah sangat pun. Ini pun pikir balik, asbab minum ESP sebab dia bagus untuk sel kulit kita

IRINE JARANG DEMAM
tipu la kalau cakap tak pernah demam. Masa umur setahun pertama, demam biasa tu ada la tapi cepat kebah. Masuk umur 2 tahun dah jarang demam. Tahun ni pulak cuma sekali je demam dua minggu lepas. Tu pun dua hari je. Demam main main nak cukup syarat gamaknya Yang ni perasan sebab masa peknen dulu consume vitamin C. Bagus kuatkan imun anak kita sejak dalam perut lagi

So tu la pengalaman terindah masa berpantangkan irine dulu. Pengalaman pertama ni orang kata biarlah indah supaya tak seriau nak mengandung lagi kali kedua. Hehe.

Dan saya nak semua orang ada pengalaman indah macam ni dengan Set Berpantang Shaklee kesayangan saya ni
Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
Cik Puan Ena
AUTHOR
November 1, 2017 at 4:21 PM delete

Masa bersalin cuma trauma jahit je..hehe.. sbb beranak dlm lb cuma ambil masa stngah jam tp jahit tu kena 2jam.adui sakit dia tuhan je tahu..

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...